background

Monday, December 22, 2014

AMANAH

dah lama tak post kan sampai lupa dh email blog.. banyak email la katakan (padahal).. hahaha.. skunk ney dh start sem 5 and a senior year !!! konon.. awal-awal sem dah mcm-mcm msalah mcm mna nk than sampai akhir sem??

ok, arini nak story psal something ney, it's a simply word but it's bring a lot of defination.. which is TANGGUNGJAWAB..

semua orng ada tanggungjawab and bohong la nk ckp if xda tanggungjawab langsung kan? setiap orng ada pandangan berbeza kan tapi bg aku tanggungjawab tu perlu dilaksanakan dan ianya amanah untuk kita. kalau amanah yang perlu dipikul tidak dilaksanakan mcm mna bnda lain nk disettle kan...betul tak?

contohnya, klo ada kerja berkumpulan and of course semua ahli kena cari maklumat utk bnda yg nak di present or report. tak adil la bagi ahli group yang lain cari maklumat sampai tak tido and kau senang-senang goyang kaki tak buat apa.. markah dpt sama bnyak plak tu.. tak adil utk kita tak jalankan amanah kita sedangkan markah yg kita dapat tak setimpal dengan usaha yang kita keluarkan.. (eh, mcm cerita sndri plak)

bila ditegur, tarik muka.. haaaaaaaaaaa, acane tu??

just nk ckp, amanah tu perlu dilaksanakan.. if bebetul tak leh nak buat, ckp elok-elok.. bkn dgn bg hrapan dgn berkata "esok, saya bg maklumat tu eh" sedangkan maklumat apa pown tak cari..

sedih taw kita, sebab esok tu ada 2 kuiz lg.. subject yg berat plak tu.. nasib baik boleh jwab.. tp btul kew slh tak x tawu la.. tido sampai pkul 3 pagi and tak sempat bca notes apa pown.. kuiz pepagi buta lak tu..sobsob =(











Friday, July 4, 2014

AKU SAYANG KORANG :)

hai..
dah lma noh tak update blog.. maklum la busy.. skunk ney tengah praktikal.. tido pown awai ja.. pi keja pown awai... nek bas plak tu.. huh, sadis.. hahahaha..
haishhh, dah dekat 3 bulan dah tak jumpa kesayangan -kesayangan aku tuh.. depa tu dok jauh sangat.. sorang kat ipoh, sorang kat tapah.. jauh bebenor.. rindu hampa weyh.. lagi 5 bulan bawu leh jumpa.. ney semua sebab kena praktikal, kalo tak dah lama leh jumpa..
ha, meh meh cheq nak cerita psal kesayangan cheq ney.. depa ney dua dua budak networking..

SAYYIDAH NAFISAH

dia ney baik giler.. suka ja tolong orang len.. especially, aq ngan hana .. tak pernah lokek dengan apa yang dia ada.. dia ney suka sangat tengok penulisan2u.. kalau boleyh setiap masa dia nak tengok.. hahaha.. dia ney la yang selalu nak mempengaruhi aku untuk tengok running man, but sorry ida.. aku tak terpengaruh lagi wat sama lani.. aq tengok tak faham langsung macam mana hampa faham weyh.. tertanya tanya!!! aku taw ang memang meluat gila kat sesetengah owang tu, but never mind .. pedulikan depa, sebab ang still ada kami.. jangan stress, abiskan diploma kita dan lepas tu kita tak kan tengok muka depa lagi.. alaaa, setahun jew lagi.. x lama mana pown...

FARHANA

dia ney macam ida cakap, memang ramai kenalan also peminat.. dia ney pown baik..(eh, kawan kawan aku semua baik) hana ney suka sangat tengok ceta korea, lagu korea, pokoknya semua korea larh.. eh, wallpaper whattsap pown korea.. hahaha.. jangan marah.. dia ney pandai masak.. tapi disebabkan dok asrama, jadi makcik cafe la yang tolong masak kan untuk kami.. dia ney pengaruh untuk kami tengok mohabattein malam sebelum final.. hahaha.. tapi sebanarnya aku la yang tergedik-gedik minta nak tengok filem tu tapi last-last hana jew tengok sensorang sebab fokus aku dah lari...mengantok punya pasal.. hana, aku taw aku memang sweet.. hahha.. siap nyanyi kat ang dlm whatssap lagi.. aq sorang jew wat taw.. lepas ney ang jangan dok bagi muka kat depa tu sangat.. kadang kadang kita perlu jgak untuk pentingkan diri.. jangan sampai depa pijak pala kita..

its ok.. mari kita sama tabahkan dri masing masing untuk menempuh 4 bulan baki praktikal dan 1 bulan lebih untuk bercuti.. lepas tu kita dah boleyh bersama sama semula.. ceh, ayat aku macam laki bini eh.. peduli!!! tak sabaq nak wat bising lagi sama-sama, nak kuaq sama-sama, nak gosip sama-sama..




Monday, March 17, 2014

REZEKI DARI ALLAH, ALHAMDULILLAH...

hai...
alhamdulillah.. rupanya masih ada lg rezeki utk aq.. akhirnya.. dapat jgak tempat untuk aku wat latihan industri.. kat mana lagi??? kat BANK PERSATUAN.. dapat jgak dari terpaksa kena extend sem kan.. rezeki Allah bagi.. naseb baik la dapat.. dah sebulan taw tunggu result ney.. ingatkan dah tak dapat dah.. hari-hari ulang balik pi UPLI dah macam UPLI rumah kedua dah.. lahai... hehehe
tadi kak col ckap mak kata surat dah sampai umah and aku diterima.. rasa macam nak senyum ja.. hahaha.. macam dah tak betul kan...? nanti kena la pi kat taman selat tu.. takpa even pi sorang-sorang dari terpaksa menghadapi hari-hari yang menyakitkan hati..

and nak taw x.. smalam dapt camera mini instax 8.. yeah.. abah bagi.. abah cakap tu unk hadiah bufday.. padahal bufday lagi seminggu.. memang dah lama pown nak camera tu.. sebab camea tu comel sngt... dan dia wana pink.. wana favourite lagi tu... memang dah lama dah nak camera tu..

and kak long pown ada bagi hadiah.. dia bagi teddy bear.. and yang bez nya tahun ney leh sambut bufday dengan farhan.. bufday dia juz lewat 3 hari jew.. bufday dia 24/3.. nanti celebrate skali la kiranya.




Wednesday, March 5, 2014

KAU PERMATA :)

hai..
arini memang ari bertuah aku nampaknya.. tadi kat kantin poli ada jualan bku.. macam2 jenis buku yang dijual dan antaranya buku CERITA CINTA AHMAD AMMAR.. dan aku dapat beli novel ney!!!! yeayyyy!



novel ney best sangat .. ada cerita pasal perjalanan hidup ahmad ammar.. sangat-sangat best dan boleh dijadikan panduan dalam hidup..
Allahu, beliau sememangnya seorang yang boleh kita jadikan idola kita dalam menjalani kehidupan seharian sebagai umat Islam.. memang sangat-sangat tersentuh membaca novel ney terutamanya part dari ibu beliau.. memang terasa sangat kerinduan terhadap beliau.. dari cara beliau dididik memang sangat baik sekali.. walaupun beliau telah meninggal namun kisah beliau mampu untuk membuka mata kita semua terutamanya anak muda..


AMMAR, SEMOGA KAU TENANG DISANA, DI SISI TUHAN SEKALIAN ALAM, AL-FATIHAH.

Tuesday, February 25, 2014

SABAR ITU INDAH :)



dalam hidup ney banyak perkara yang selalu membuatkan kita kadang-kadang hilang sabar.. itu perkara biasa.. kita ney hanya insan yang lemah yang selalu sahaja ada kelemahan.. tapi ada 1 yang istimewanya kita ney sebab kita ada akal.. akal yang dapat membezakan yang buruk dan baik.. sabar itu mudah dilafazkan tapi susah untuk dilaksanakan.. namun percayalah jika kita bersabar banyak hal yang kita peroleh.. kadang-kadang Allah hanya nak uji sejauh mana kita mampu bersabar dengan ujian yang dia bagi kepada hamba-hambanya.. 1 hal yang perlu kita tahu, Allah akan  beri ujian mengikut kemampuan hamba-hambanya.. klo Allah bagi ujian itu bermakna Allah sayang kepada kita.. percayalah .. mungkin kita banyak dosa, dan Allah bagi ujian sebab Allah rindu nak dengar rintihan kita kepadaNya.. HUSNUZON ! HUSNUZON ! HUSNUZON !.. sabar.. selagi kita meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah, percayalah kita tidak akan pernah kecewa.. BE STRONG.. ALLAH ALWAYS WITH YOU!!!

Sunday, February 23, 2014

A GIFT FROM ALLAH TO ME

haii..
arini nak ceta psal abah aku..semua orang mesti ada ayah kan? itu semua wajib kita ada.. secara teknikalnya aku ney bukannya rapat sangat dengan abah aku.. tapi aku ney anak kesayangan abah aku taw.. (angkat kening).. hahaha.. ok2.. aku agak rapat sebenarnya dengan abah aku ney.. aku memang sayang sangat-sangat kat abah aku ney.. dia sanggup penuhi semua permintaan aku walaupun waktu tu dia takda duit sangat.. time-time aku dok asrma sampai la skunk.. mmg susah la klaw aku call umah leh ckap dengan abah aku ney.. tapi yang wat aku terharunya hampir setiap ari sabtu abah aku akan call aku just nak tanya aku balek tak.. tapi sebenarnya abah aku rindu aku.. heee.. terharu baqhang.. haha.. bila aku nak balek mai poli ja mesti abah aku akan tanya `minggu depan balek tak?`..

abah.. please stay with me untill my last breath.. please accompany me for a lifetime.. in shaaAllah, klaw ada jodoh.. angah nak abah sendiri yang serahkan angah kat suami angah nanti.. abah adalah anugerah yang terbaik yang Allah pinjamkan kepada angah untuk angah sepanjang hidup angah.. terima kasih sebab sayang angah dan along.. abah dah mendidik kami dengan baik sekali.. I LOVE YOU SOOOO MUCH..



ABAH, 
I MAY FIND MY PRINCE,
BUT YOU WILL ALWAYS BE MY KING..





Monday, February 17, 2014

KAWAN @ SAHABAT??

mungkin kedengaran sinis kan topik ney.. tapi itu la hakikatnya.. semakin jauh kita kenal erti hidup semakin banyak la jenis kawan yang kita jumpa.. kawan memang mudah untuk kita jumpa.. jumpa kat jalanan pown boleh jadi kawan.. tapi sahabat memang susah nak jumpa.. yang sanggup ada di susah senang kita.. yang selalu menenangkan kita saat kita gusar.. yang mampu meniupkan kata-kata semangat saat kita rapuh.. yang tak lokek memberi tunjuk ajar.. memang payah nak jumpa.. betol cakap abah aku, " NAK DATANG SINI SEBAB NAK BELAJAR, BUKAN NAK CARI KAWAN" tambah-tambah klo dapat kawan yang mentality down.. so klo nak cari kawan biar cari yang sanggup terima kurang kita berbanding lebihnya kita.. sebab bukan semua orang yang mampu nak terima kurang kita.. tapi untuk terima lebih kita banyak la.. kawan biar berpada.. 





Friday, February 14, 2014

DUGAAN BTOL ..

haii... dugaan btol la sem 3 ney.. macam-macam terjadi.. aduhai.. group yang tak bagi komitmen .. kelas selalu tak ada.. kerja yang banyak.. sabar jew la.. 1 lagi masalah besar subjek yang susah.. so pyah skit la nak catch up.. aku pun mmg jnis study last minute.. bukan tak nak study awal-awal tapi aku jnis klo study awal nanti lupa.. hahaha.. tinggal sebulan lebih jew lagi.. kadang-kadang rasa macam tak sanggup jew nak teruskan kat sem 3 ney.. setiap kali nak exam mesti ada jew dugaan.. takpe2 Allah bagi ujian sebab Allah SAYANG.. kan?? Alhamdulillah...





Thursday, February 6, 2014

LOVE !!

cinta?? cinta itu fitrah manusia yang ingin merasa dicintai dan mencintai.. tapi yang bezanya cinta tu di landasan yang betul atau tidak.. sapa yang kat dunia ney tak maw rasa cinta tu kan?? semua orang berhak untuk memiliki cinta.. dan semestinya cinta yang hakiki.. iaitu cinta yang halal untuk dimiliki.. bukan cinta yang berlandaskan nafsu semata-mata.. bagi perempuan, mahalkan cinta anda untuk seseorang yang berhak memilikinya iaitu suami.. biar dikata jual mahal asalkan bukan dikatakan perempuan murahan.. buat para lelaki, jadilah seorang yang gentleman.. jumpa walinya, dan ambiklah perempuan tersebut untuk dijadikan bidadari buat dirimu di syurga nanti.. jujurnya perempuan itu bila dia pengorbankan segala-galanya buat lelaki tersebut.. tapi kejujuran lelaki terletak apabila dia melamar wanita tersebut untuk menemani hidupnya.. carilah cinta yang dapat membawakita ke jalan yang diredhai Allah

Monday, February 3, 2014

RESPECT FOR OTHERS..

hai..
harini nak ceta pasal menghormati orang lain.. menghormati bukan saja macam cakap dengan lemah lembut, bersopan santun tapi menghormati sebenarnya luas skop dia.. menghormati jugak sebenarnya macam jaga hati dan perasaan orang lain.. contohnya kita ney tak boleh la nak bercakap or tanya soalan kat orang lain tanpa fkirkan perasaan orang tu.. bertanya boleh tapi jangan sampai menghiris perasaan orang lain.. yang lainnya macam haa kalau berjanji.. kalau kita dah berjanji jangan la sesekali kita memungkiri janji yang kita dah buat tu.. cuba pikirkan perasaan orang lain sama dan pikirkan kalau orang lain buat kat kita macam tu jugak pew yang kita rasa?? mesti kita tak sukakan .. macam tu jugak orang lain.. memang kadang-kadang kita hanya merancang , Allah yang tentukan .. tapi setidak tidaknya kita cuba la dulu pertahankan janji kita tu dlu tapi kalau dah tak boleh sangat nak wat macam mana kan?? macam tu bawu betul.. kadang-kadang kita berjanji dengan kawan kita yang nak jumpa pkul 9 tapi kita mungkiri janji tu dan kita datang pkul 10.. tanpa ada sebab yang munasabah.. tu dah macam kita tidak menghormati kawan kita.. SEBAB APA???

  • sebab kita tidak menghormati masa kawan kita
  • kita tidak menghormati perasaan kawan kita 
  • kita tidak menghormati janji yang kita buat
bukan setakat kawan jew tapi dengan semua orang.. one more thing.. se `best friend` mana pown kita dengar orang tu, tu tak bermakna kita boleh ambil barang dia ikut suka kita jew.. setiap orang ada privacy sendiri.. jangan la plak kita nak menceroboh kan?? macam handphone, laptop or diary.. kalau kita nak tengok kena la minta kebenaran dlu.. bukan susah pown kan?? 

orang yang berjaya adalah orang yang mampu menghormati hak orang lain.. bukan susah pown.. kalau kita mesti tak suka kan orang kcau privacy kita.. macam tu la orang lain.. kita respect orang, orang respect kita.. SIMPLE!!!!







Friday, January 24, 2014

SWEETNYA ALLAH..

ujian itu merupakan bukti betapa Allah sangat sayang akan kita.. semakin berat ujian yang diterima semakin sayang Allah kat kita.. usah mengeluh dan hadapilah dengan penuh redha..ujian adalah tarbiyah dari Allah.. apakah kita akan sabar ataupun sebaliknya.. kesenangan yang datang selepas kesusahan.. semuanya adalah nikmat dari tuhan..saat kita merasa ujian itu sangat berat untuk kita, saat itulah DIA sedang menunggu kita menghamparkan CINTA kita untukNya..Allah tidak akan pernah meninggalkan kita sendirian.. namun, bisa sahaja kita yang meninggalkanNya..

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."


[Surah Al-Ankabut ayat 2-3].



setiap ujian yang ALLAH bagi pasti ada hikmahnya, semakin ALLAH sayang kepada hambanya, semakin kuat ujian buatnya..

manisnya hidup andai Allah berikan kita hidayahnya, keberkatan dalam hidup, Allah berikan ujian serta Allah kirimkan teman yang baik bagi mengingatkan kita kepada Maha Pencipta..


"UJIAN TANDA ALLAH CINTA PADA HAMBANYA"



sumber: ustaz ahmad dasuki abd rani

Thursday, January 23, 2014

MALAM PENUTUP MINGGU MAULIDUR RASUL..

haii..
well.. well.. well.. arini merupakan malam penutup minggu maulidur rasul.. ada macam-macam acara yang di wat.. ada bacaan al-quran.. nasyid dan paling best sekali ada qasidah.. best sangat-sangat.. tenang jer jiwa dapat tengok semua benda tu.. harap-harap lepas ney aku akan terus bersemangat nak wat perkara-perkara yang best macam tu.. tadi kat dewan tu ada gerai yang jual roti sardin pataya.. ok la, not bad.. ney semua andi punya pasal sebab dia yang mempengaruhi aku ngan zura suruh beli roti tu.. tapi berbaloi la sebab sedap.. RM 2.50 jew.. alhamdulillah..kat dewan pulak sangat-sangat sejuk.. menggigil aku dalam tu.. and part paling best sekali pasal qasidah tu.. masya-Allah merdu sangat suara group qasidah tu..Ya Allah memang beruntung siapa yang dapat suami yang handsome agamanya macam tu.. moga aku aku pown tergolong dalam kumpulan yang beruntung tu..(haha.. gatai )

nah, ambik lirik Ya Hanana ney, klo tak da wat pew-pew buleh berqasidah sat.. moga ada pahala berlipat ganda yang menanti..:


YaHanana

Zhoharoddinul mu’ayyad bizuhurin Nabi Ahmad… 2x
Yahanana bi Muhammad..
Dzalikal fadhlu minallah…
Yahanana… 8x
Khusso bissab’il ma tsaani
Wahawaa luthfal ma’aani
maa lahu fil kholqi tsaani
wa ‘alaihi anzalallah
Yahanana..
Min makkatin lamma zhohar
Liajlihin syaqqol qomar
Waftakhorot aalu mudhor
Bihi ‘alaa kullil anam

Yahanana…
Athyabunna sikholqon
Wa ajallunnasi kholqon
Dzikruhu ghorban wa syarqon
Sa ‘iru walhamdulillah
Yahanana…
Shollu ‘ala khoiril anam
Almushthofaa badrittamam
Shollu ‘alaihi wasallimmu
Yasy fa’ lana yaumazziham
Yahanana…
==============================
” Betapa Beruntungnya Kami “



Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.



Betapa beruntungnya kami,



Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),



Betapa beruntungnya kami,



Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.



Betapa beruntungnya kami,



Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,



Betapa beruntungnya kami,



Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,



Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.






BETAPA BERUNTUNGNYA KAMI..

Wednesday, January 22, 2014

SUBURKAN HATI CINTA NABI..

haiii..
harini nak kongsikan sikit ilmu yang aku dapat dari aku p ceramah tadi.. tajuk ceramah tadi LANTUNAN MAHABBAH RASULULLAH.. oleh Dato Abu Hasssan bin Din Al Hafiz..best sangat-sangat dapat dengar ceramah tadi..

ok, first of all nak share pasal syarat-syarat untuk mendapat syafaat:

  • umat nabi Muhammad
  • dosa yang menyebabkan masuk neraka sikit
  • banyak berselawat
  • cinta Rasulullah ketika hidup.
ney semua hanyalah syarat-syarat umum bagi kita seluruh umat Islam untuk mendapat syafaat di akhirat kelak..

sebelum tu nak tanya laa, sejauh mana kita sayang akan Rasulullah?? apa maksud sayang?? apa maksud cinta?? yang selalu kita dengar hanya lah cinta antara lelaki dan perempuan jew kan.. ok, kalau betul kita sayang akan Rasulullah kita perlu la mengamalkan segala sunnah-sunnah baginda.. ikuti segala hal yang baik-baik yang baginda amalkan antaranya:

  • puasa pada hari isnin & khamis
  • tahajud
  • sujud syukur
  • berbaring dengan meletakkan tangan kanan bawah pipi kanan
  • memotong kuku pada hari Khamis sebelum solat.


SABDA RASULULLAH:
TIDAK SEMPURNA IMAN SESEORANG KAMU SEHINGGA AKU LEBIH DISAYANGI DARIPADA KAMU MENYAYANGI KEDUA IBU BAPA,ANAKNYA DAN SELURUH MANUSIA

so marilah kita terus beistiqamah untuk mencapai thap kemanisan sayang kepada Rasulullah.. note to myself too..


Tuesday, January 21, 2014

TEKANAN DAH MULA DIRASAI :0

haiii..
sem ney dah nampak dah yang aku jadi semakin tekanan menghadapi semua dugaan time blajar ney.. semua keja nak mnx time lepas raya cina ney.. kelas pulak banyak yang dibatalkan.. nampaknya memang banyak la lepas ney akan ada replacement class.. dan lagi 1 yang paling tertekan adalah disebabkan english class.. aku ney pelajar perdagangan tapi terpaksa buat projek pasal barang recycle and barang tu mestilah boleh digunakan, boleh dijual and barang tu kena ada banyak functions,characteristics and features.kadang-kadang dah rasa macam aku ney budak mechanical dah.. haha.. sabo jew larhh..

one more thing esok aku ada kuiz islamic banking system.. haa, sem ney aku dah masuk subjek pure untuk program aku.. islamic banking system ney dia ceta pasal sistem perbankan di Malaysia.. banyak sangat institusi kewangan dan perbankan kat Malaysia ney.. yang tak pernah dengar pown ada.. best sebenarnya belajar subjek ney.. tapi untuk yang otak kira-kira tu kena banyak berusaha la sebab subjek ney banyak yang kena membaca.. dah macam belajar sejarah dah.. actually, sistem kewangan islam ney dah lama wujud sejak zaman Rasulullah lagi.. cuma kita ney tak ambik tahu sangat pown kan?? tapi secara formalnya institusi kewangan secara islam ney wujud sejak tahun 1971.. tu yang kat dunia laa..tapi kalau kat Malaysia wujud sejak tahun 1983.. apa-apa pown wish me good luck yer..

ROBBI YASSIR WALAA TU`ASSIR YA KARIM


Monday, January 20, 2014

HAPPY BIRTHDAY IKAAAAAA

haiii..
meh-meh sini nak ceta.. esok birthday kawan aku ney.. nama dy ika.. haishhh, dah tua dah kawan aku sorang ney.. selamat hari tua sahabat!!! dia ny budak terengganu.. haa, jauh kan dia merantau mai sampai sini.. best gila kot kawan dengan budak cun ney.. dia ney pandai masak taw especially lauk paprik.. memang sedap gua cakap sama lu.. haha.. serius tak tipu.. dah boleh kawen dah kawan aku ney.. cepat-cepat la kawen yer.. nanti leh la aku p terengganu sana tu.. leh g jalan-jalan sana jugak..




haaa, ney la budak cun yang aku cakap tu.. cun an dia ney?? dia ney single lagi.. sapa-sapa yang berkenan tu leh la isi borang yer.. hahaha.. 

HEY YOU, HAPPY BIRTHDAY SAYANG.. SEMOGA BAHAGIA SELALU.. SENTIASA DILINDUNGI ALLAH DUNIA AKHIRAT.. ME LOVE YOU.. HADIAH TUNTUT ESOK YER.. HAHA

Sunday, January 19, 2014

STUDENT LIFE

haii..
wahh, penatnye arini.. baru balek ke kamsis dah ada group disscusion bagai.. tapi yang sebenarnya bukan wat kerja sangat pown.. main-main jew lebih.. hahaha.. tapi naseb baik la sem ney smua subjek just dengan orang yang sama jew.. kadang-kadang nak jugak rasa dengan orang lain..tapi sbnarnya dorang ney best sangat.. senang nak kerja sama-sama.. masing-masing leh wat keja tanpa disuruh.. haa, mai nakperkenalkan ahli-ahli group aq..

ok, yang ney nama dia azura..dia ney budak johor.. dia ney kelam kabut sikit tapi best kawan dengan dia.. dia ney jenis gila-gila skit..sama ja dia ney dengan aku.. haha


budak yang tak nampak muka ney nama dia halilah.. budak ipoh,perak.. dia ney slalu la take care psal aku.. slalu tolong aku kalau aku ssah..


yang ney satu-satunya kumbang dalam group kitaowang..
nama dia ney andi.. budak selangor..aku slalu ja gadoh dengan dia ney.. haha.. dia ney baik sangat.. slalu ja tolong bila aku susah.. kitaowang klau nak mnx tolong mesti akan guna istilah kawan.. haha.. dah slalu dah gadoh macam ney.. istilah kawan kitaowang adalah `kawan time susah'.. hahaha

ney la semua ahli group presentation aku.. aku dah selesa sangat-sangat kerja sama-sama dowang semua.. susah senang dalam group kitaowang hadapi sama-sama.. hope hubungan ney tros macam ney sampai bila-bila.. in shaa Allah..






Friday, January 17, 2014

L.I ????

haiiiii
skunk ney aku busy sangat-sangat.. nak tau sebab apa? sebab sem depan aku dah nak LI.. tak taw LI tu apa?? meh nak cerita.. LI tu latihan industri.. sebelum aku nak grad dari diploma, aku kena pegi latihan industri dulu.. WAJIB tauuu.. skunk pown aku dah pening sebab tak taw nak mnx tempat LI kat mana.. samada kat Bank Rakyat or Bank Persatuan..klau Bank Persatuan in shaa Allah la akan dapat terus sebab ada kabel kat stu.. hehehe.. tapi masalahnya jauh sangat tu... sampai kat Bagan.. Klau Bank Rakyat plak dekat jew dengan umah.. senang klau nak ulang alik.. lagipun aku tak cekap sangat nak nek moto.. klau keta lagi la aku tak cekap.. mak aku cakap minx la Bank Rakyat dlu klau tak dapat bawu mnx Bank Persatuan.. so aku ikut cakap mak aku la.. IN SHAA ALLAH klau ada rezeki tak ke mna.. xpew klau nak berjaya memang la banyak dugaan.. macam tu jugak syurga Allah.. bukan senang-senang taw nak masuk.. banyak dugaannya.. xpa-xpa... mohon tabah kan diri.. =) 

Thursday, January 16, 2014

CONTOHILAH SEMUT

setiap orang ada kekurangan masing-masing tapi yang penting jangan jadikan kekurangan tu penghalang bagi kita untuk mencapai kejayaan.. SEBAB APA? sebab kelebihan dan kekurangan kita adalah ciptaan Allah.. semua yang Allah ciptakan mesti ada sebab yang tersendiri.. maka HUSNUZON la kawan-kawan.. aritu aku ada dengar ceramah tau.. orang tu cakap orang yang berjaya adalah orang yang mampu mengubah kekurangan dia menjadi kelebihan buat diri dia sendiri.. jangan berasa yang kita ney kurang berbanding orang lain.. nak taw tak sebenarnya kita semua ney istimewa sangat.. istimewa di mata mak ayah kita.. istimewa di mata adik beradik kita.. istimewa di mata kawan-kawan kita.. setiap orang diciptakan Allah berbeza-beza karakter dan rupa bentuk bagi melengkapkan antara satu sama lain.. jadi kekurangan bukanlah penyebab bagi kita menjadi orang yang cepat mengalah untuk mengejar cita-cita kita..
cuba kita lihat rakyat nabi Sulaiman iaitu semut.. walaupun semut tu kecik jer tapi dia mampu untuk membina rumah untuk ratu semut tu.. hebat kan semut.. itu menunjukkan bahawa kekurangan itu bukan masalah utama jika kita rajin berusaha. MAN JADDA WA JADDA.. sapa yang berusaha pasti akan berjaya..