background

Friday, January 24, 2014

SWEETNYA ALLAH..

ujian itu merupakan bukti betapa Allah sangat sayang akan kita.. semakin berat ujian yang diterima semakin sayang Allah kat kita.. usah mengeluh dan hadapilah dengan penuh redha..ujian adalah tarbiyah dari Allah.. apakah kita akan sabar ataupun sebaliknya.. kesenangan yang datang selepas kesusahan.. semuanya adalah nikmat dari tuhan..saat kita merasa ujian itu sangat berat untuk kita, saat itulah DIA sedang menunggu kita menghamparkan CINTA kita untukNya..Allah tidak akan pernah meninggalkan kita sendirian.. namun, bisa sahaja kita yang meninggalkanNya..

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."


[Surah Al-Ankabut ayat 2-3].



setiap ujian yang ALLAH bagi pasti ada hikmahnya, semakin ALLAH sayang kepada hambanya, semakin kuat ujian buatnya..

manisnya hidup andai Allah berikan kita hidayahnya, keberkatan dalam hidup, Allah berikan ujian serta Allah kirimkan teman yang baik bagi mengingatkan kita kepada Maha Pencipta..


"UJIAN TANDA ALLAH CINTA PADA HAMBANYA"



sumber: ustaz ahmad dasuki abd rani

Thursday, January 23, 2014

MALAM PENUTUP MINGGU MAULIDUR RASUL..

haii..
well.. well.. well.. arini merupakan malam penutup minggu maulidur rasul.. ada macam-macam acara yang di wat.. ada bacaan al-quran.. nasyid dan paling best sekali ada qasidah.. best sangat-sangat.. tenang jer jiwa dapat tengok semua benda tu.. harap-harap lepas ney aku akan terus bersemangat nak wat perkara-perkara yang best macam tu.. tadi kat dewan tu ada gerai yang jual roti sardin pataya.. ok la, not bad.. ney semua andi punya pasal sebab dia yang mempengaruhi aku ngan zura suruh beli roti tu.. tapi berbaloi la sebab sedap.. RM 2.50 jew.. alhamdulillah..kat dewan pulak sangat-sangat sejuk.. menggigil aku dalam tu.. and part paling best sekali pasal qasidah tu.. masya-Allah merdu sangat suara group qasidah tu..Ya Allah memang beruntung siapa yang dapat suami yang handsome agamanya macam tu.. moga aku aku pown tergolong dalam kumpulan yang beruntung tu..(haha.. gatai )

nah, ambik lirik Ya Hanana ney, klo tak da wat pew-pew buleh berqasidah sat.. moga ada pahala berlipat ganda yang menanti..:


YaHanana

Zhoharoddinul mu’ayyad bizuhurin Nabi Ahmad… 2x
Yahanana bi Muhammad..
Dzalikal fadhlu minallah…
Yahanana… 8x
Khusso bissab’il ma tsaani
Wahawaa luthfal ma’aani
maa lahu fil kholqi tsaani
wa ‘alaihi anzalallah
Yahanana..
Min makkatin lamma zhohar
Liajlihin syaqqol qomar
Waftakhorot aalu mudhor
Bihi ‘alaa kullil anam

Yahanana…
Athyabunna sikholqon
Wa ajallunnasi kholqon
Dzikruhu ghorban wa syarqon
Sa ‘iru walhamdulillah
Yahanana…
Shollu ‘ala khoiril anam
Almushthofaa badrittamam
Shollu ‘alaihi wasallimmu
Yasy fa’ lana yaumazziham
Yahanana…
==============================
” Betapa Beruntungnya Kami “



Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.



Betapa beruntungnya kami,



Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),



Betapa beruntungnya kami,



Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.



Betapa beruntungnya kami,



Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,



Betapa beruntungnya kami,



Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,



Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.






BETAPA BERUNTUNGNYA KAMI..

Wednesday, January 22, 2014

SUBURKAN HATI CINTA NABI..

haiii..
harini nak kongsikan sikit ilmu yang aku dapat dari aku p ceramah tadi.. tajuk ceramah tadi LANTUNAN MAHABBAH RASULULLAH.. oleh Dato Abu Hasssan bin Din Al Hafiz..best sangat-sangat dapat dengar ceramah tadi..

ok, first of all nak share pasal syarat-syarat untuk mendapat syafaat:

  • umat nabi Muhammad
  • dosa yang menyebabkan masuk neraka sikit
  • banyak berselawat
  • cinta Rasulullah ketika hidup.
ney semua hanyalah syarat-syarat umum bagi kita seluruh umat Islam untuk mendapat syafaat di akhirat kelak..

sebelum tu nak tanya laa, sejauh mana kita sayang akan Rasulullah?? apa maksud sayang?? apa maksud cinta?? yang selalu kita dengar hanya lah cinta antara lelaki dan perempuan jew kan.. ok, kalau betul kita sayang akan Rasulullah kita perlu la mengamalkan segala sunnah-sunnah baginda.. ikuti segala hal yang baik-baik yang baginda amalkan antaranya:

  • puasa pada hari isnin & khamis
  • tahajud
  • sujud syukur
  • berbaring dengan meletakkan tangan kanan bawah pipi kanan
  • memotong kuku pada hari Khamis sebelum solat.


SABDA RASULULLAH:
TIDAK SEMPURNA IMAN SESEORANG KAMU SEHINGGA AKU LEBIH DISAYANGI DARIPADA KAMU MENYAYANGI KEDUA IBU BAPA,ANAKNYA DAN SELURUH MANUSIA

so marilah kita terus beistiqamah untuk mencapai thap kemanisan sayang kepada Rasulullah.. note to myself too..


Tuesday, January 21, 2014

TEKANAN DAH MULA DIRASAI :0

haiii..
sem ney dah nampak dah yang aku jadi semakin tekanan menghadapi semua dugaan time blajar ney.. semua keja nak mnx time lepas raya cina ney.. kelas pulak banyak yang dibatalkan.. nampaknya memang banyak la lepas ney akan ada replacement class.. dan lagi 1 yang paling tertekan adalah disebabkan english class.. aku ney pelajar perdagangan tapi terpaksa buat projek pasal barang recycle and barang tu mestilah boleh digunakan, boleh dijual and barang tu kena ada banyak functions,characteristics and features.kadang-kadang dah rasa macam aku ney budak mechanical dah.. haha.. sabo jew larhh..

one more thing esok aku ada kuiz islamic banking system.. haa, sem ney aku dah masuk subjek pure untuk program aku.. islamic banking system ney dia ceta pasal sistem perbankan di Malaysia.. banyak sangat institusi kewangan dan perbankan kat Malaysia ney.. yang tak pernah dengar pown ada.. best sebenarnya belajar subjek ney.. tapi untuk yang otak kira-kira tu kena banyak berusaha la sebab subjek ney banyak yang kena membaca.. dah macam belajar sejarah dah.. actually, sistem kewangan islam ney dah lama wujud sejak zaman Rasulullah lagi.. cuma kita ney tak ambik tahu sangat pown kan?? tapi secara formalnya institusi kewangan secara islam ney wujud sejak tahun 1971.. tu yang kat dunia laa..tapi kalau kat Malaysia wujud sejak tahun 1983.. apa-apa pown wish me good luck yer..

ROBBI YASSIR WALAA TU`ASSIR YA KARIM


Monday, January 20, 2014

HAPPY BIRTHDAY IKAAAAAA

haiii..
meh-meh sini nak ceta.. esok birthday kawan aku ney.. nama dy ika.. haishhh, dah tua dah kawan aku sorang ney.. selamat hari tua sahabat!!! dia ny budak terengganu.. haa, jauh kan dia merantau mai sampai sini.. best gila kot kawan dengan budak cun ney.. dia ney pandai masak taw especially lauk paprik.. memang sedap gua cakap sama lu.. haha.. serius tak tipu.. dah boleh kawen dah kawan aku ney.. cepat-cepat la kawen yer.. nanti leh la aku p terengganu sana tu.. leh g jalan-jalan sana jugak..




haaa, ney la budak cun yang aku cakap tu.. cun an dia ney?? dia ney single lagi.. sapa-sapa yang berkenan tu leh la isi borang yer.. hahaha.. 

HEY YOU, HAPPY BIRTHDAY SAYANG.. SEMOGA BAHAGIA SELALU.. SENTIASA DILINDUNGI ALLAH DUNIA AKHIRAT.. ME LOVE YOU.. HADIAH TUNTUT ESOK YER.. HAHA

Sunday, January 19, 2014

STUDENT LIFE

haii..
wahh, penatnye arini.. baru balek ke kamsis dah ada group disscusion bagai.. tapi yang sebenarnya bukan wat kerja sangat pown.. main-main jew lebih.. hahaha.. tapi naseb baik la sem ney smua subjek just dengan orang yang sama jew.. kadang-kadang nak jugak rasa dengan orang lain..tapi sbnarnya dorang ney best sangat.. senang nak kerja sama-sama.. masing-masing leh wat keja tanpa disuruh.. haa, mai nakperkenalkan ahli-ahli group aq..

ok, yang ney nama dia azura..dia ney budak johor.. dia ney kelam kabut sikit tapi best kawan dengan dia.. dia ney jenis gila-gila skit..sama ja dia ney dengan aku.. haha


budak yang tak nampak muka ney nama dia halilah.. budak ipoh,perak.. dia ney slalu la take care psal aku.. slalu tolong aku kalau aku ssah..


yang ney satu-satunya kumbang dalam group kitaowang..
nama dia ney andi.. budak selangor..aku slalu ja gadoh dengan dia ney.. haha.. dia ney baik sangat.. slalu ja tolong bila aku susah.. kitaowang klau nak mnx tolong mesti akan guna istilah kawan.. haha.. dah slalu dah gadoh macam ney.. istilah kawan kitaowang adalah `kawan time susah'.. hahaha

ney la semua ahli group presentation aku.. aku dah selesa sangat-sangat kerja sama-sama dowang semua.. susah senang dalam group kitaowang hadapi sama-sama.. hope hubungan ney tros macam ney sampai bila-bila.. in shaa Allah..






Friday, January 17, 2014

L.I ????

haiiiii
skunk ney aku busy sangat-sangat.. nak tau sebab apa? sebab sem depan aku dah nak LI.. tak taw LI tu apa?? meh nak cerita.. LI tu latihan industri.. sebelum aku nak grad dari diploma, aku kena pegi latihan industri dulu.. WAJIB tauuu.. skunk pown aku dah pening sebab tak taw nak mnx tempat LI kat mana.. samada kat Bank Rakyat or Bank Persatuan..klau Bank Persatuan in shaa Allah la akan dapat terus sebab ada kabel kat stu.. hehehe.. tapi masalahnya jauh sangat tu... sampai kat Bagan.. Klau Bank Rakyat plak dekat jew dengan umah.. senang klau nak ulang alik.. lagipun aku tak cekap sangat nak nek moto.. klau keta lagi la aku tak cekap.. mak aku cakap minx la Bank Rakyat dlu klau tak dapat bawu mnx Bank Persatuan.. so aku ikut cakap mak aku la.. IN SHAA ALLAH klau ada rezeki tak ke mna.. xpew klau nak berjaya memang la banyak dugaan.. macam tu jugak syurga Allah.. bukan senang-senang taw nak masuk.. banyak dugaannya.. xpa-xpa... mohon tabah kan diri.. =) 

Thursday, January 16, 2014

CONTOHILAH SEMUT

setiap orang ada kekurangan masing-masing tapi yang penting jangan jadikan kekurangan tu penghalang bagi kita untuk mencapai kejayaan.. SEBAB APA? sebab kelebihan dan kekurangan kita adalah ciptaan Allah.. semua yang Allah ciptakan mesti ada sebab yang tersendiri.. maka HUSNUZON la kawan-kawan.. aritu aku ada dengar ceramah tau.. orang tu cakap orang yang berjaya adalah orang yang mampu mengubah kekurangan dia menjadi kelebihan buat diri dia sendiri.. jangan berasa yang kita ney kurang berbanding orang lain.. nak taw tak sebenarnya kita semua ney istimewa sangat.. istimewa di mata mak ayah kita.. istimewa di mata adik beradik kita.. istimewa di mata kawan-kawan kita.. setiap orang diciptakan Allah berbeza-beza karakter dan rupa bentuk bagi melengkapkan antara satu sama lain.. jadi kekurangan bukanlah penyebab bagi kita menjadi orang yang cepat mengalah untuk mengejar cita-cita kita..
cuba kita lihat rakyat nabi Sulaiman iaitu semut.. walaupun semut tu kecik jer tapi dia mampu untuk membina rumah untuk ratu semut tu.. hebat kan semut.. itu menunjukkan bahawa kekurangan itu bukan masalah utama jika kita rajin berusaha. MAN JADDA WA JADDA.. sapa yang berusaha pasti akan berjaya..